Sunday, August 29, 2010
Rakan muda sepakragatuju
Salam sumer. Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa. Bagi yang liat nak berpuasa cuba2lah berpuasa. Cuba dulu sampai sekerat ari cam anak kita atau adik kita yang kecik tu. Klu dah boleh cuba le penuh lak dan minta upah kat bini atau sesapa je sebab leh posa penuh k. Saya sebenarnya bukan nak cita pasai posa. Kita nak gerakkan anak muda kita supaya bersukan tak kira sukan apa. Ni kita dok tengok depa dok merapu jee. So klu kita ajak depa join sepakragatuju reramai kan syok. Ni saya nak tunjukkan muka belia kita yang saya dah rekrutkan untuk sepakraga kat port dickson. Depa nilah yang dok pukui bola sampai betih aku berdarah grrrrrr geramnya aku. tapi nak buat cam na kita main manih2 depa pukui abihh mentang2 le aku dah longgaq urat sebab dan tuaaaaa ya kaa hehehehhehe saksikanlahhhhhhhh. k bye jumpa lg lepah raya. Aku nak blk simpang 4 Kangkong nak cari bahan untuk ruangan ni kkkk
Saturday, August 7, 2010
kasut
Salam sumer, Kali ni Kita cita pasai kasut plak.Kalau dulu kasut yang dipakai kena lapik dengan sspan air cond. Tu pun Klu Depa pulas mau meleleh darah kat betih kering.Selalunya kasut yang dipakai adalah jenis warior tapak merah. Lani harga dia pun rm 25 ke atas. Zaman dah berubah fesyen kasut pun berubah. Klu kita tengok naik takut sebab klu tengok kasut kita dah lemah semangat nak berentap. Di sini saya paparkan gambar yang saya ambil dari facebook sahabat saya untuk tatapan sumer. k jumpa lagi.
Friday, August 6, 2010
Bola Salim
Salam sumer, Lani kita cakap pasai bola sepakraga tuju lak k. Kalau kita tengok bola sepakraga yang banyak terjual di pasaraya atau kat kedai di Malaysia kita pasti terkeliru dengan bola yang hendak kita beli kerana kita tak tengok lebel pada kotaknya. Kalau kita nak main sepakraga tuju pastikan di kotaknya ada tertulis sepakraga tuju. Perbezaan bola sepakraga tuju dengan bola sepak takraw adalah keberatannya. Kalau bola sepakraga tuju kita buat main sepak takraw mau bedarah dahi.Yang menjadi masalah untuk memberkembangkan sukan ini bolanya susah untuk dapat dipasaran. Oleh itu syarikat yang membuat bola ini perlu proaktif untuk mempromosi bola ni di seluruh negara. Perlu diingat penggemar sukan ini ada dimerata tempat di Malaysia. Tak perlulah mereka nak kena order kat utara semenanjung jeee.
Subscribe to:
Posts (Atom)