Tuesday, July 5, 2011

Pantang ada tempat lapang



Lama tak bertemu memula I love sepakraga tuju. Bercerita pasai sepakraga tuju yg baguihnya menda ni boleh dimainkan di mana-mana saja janji tempat yang lapang. Klu redup lagi best. Klu permainan yang memerlukan gelanggang pasti ramai uang menunggu nak main ini akan menyebabkan kita menjadi bosan menunggu. Baru main dah malam. Kalau sepakraga tuju ada dua tiga org pun boleh main kalau ramai boleh buat banyak lopak jadi jangan tunggu lama2 marilah belajar main sepakraga tuju. Mula2 jadi ulat takpa janji kemahuan ada, lama2 pandailaaaaaa

Tuesday, October 5, 2010

belia dan veteran sepakraga tuju

Salam semua, selesai sambut hari raya aku terpaksa pulak sambut hari kenduri kahwin adik aku yang berlangsung pada 2 Oktober 2010. Sehari sebelum hari jadi selesai saja persiapan kami mlakan acara keluar peluh iaitu sukan kegemaran(sepakraga tuju men manih-manih) depan rumah aku. aku tengok pelapis yang ada telah menunjukkan peningkatan bagi menggantikan orang lama yang lutut dah longgar. So kalau benda ni dijadikan aktiviti pasti gejala yang tak elok dapat dibendung kerana pergaulan dengan orang tua lebih erat. Jadi tanpa membuang masa marilah kita saksikan paparan yang sempat adik saya ambil walaupun tak profesional tapi boleh laa. Jadi kalau hampa ada video atau gambaq yang nak paparkan bolehla antaq kat akuuuuuu. saksikanlahhhhhhh


Sunday, August 29, 2010

Rakan muda sepakragatuju





Salam sumer. Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa. Bagi yang liat nak berpuasa cuba2lah berpuasa. Cuba dulu sampai sekerat ari cam anak kita atau adik kita yang kecik tu. Klu dah boleh cuba le penuh lak dan minta upah kat bini atau sesapa je sebab leh posa penuh k. Saya sebenarnya bukan nak cita pasai posa. Kita nak gerakkan anak muda kita supaya bersukan tak kira sukan apa. Ni kita dok tengok depa dok merapu jee. So klu kita ajak depa join sepakragatuju reramai kan syok. Ni saya nak tunjukkan muka belia kita yang saya dah rekrutkan untuk sepakraga kat port dickson. Depa nilah yang dok pukui bola sampai betih aku berdarah grrrrrr geramnya aku. tapi nak buat cam na kita main manih2 depa pukui abihh mentang2 le aku dah longgaq urat sebab dan tuaaaaa ya kaa hehehehhehe saksikanlahhhhhhhh. k bye jumpa lg lepah raya. Aku nak blk simpang 4 Kangkong nak cari bahan untuk ruangan ni kkkk

Saturday, August 7, 2010

adoi!!! darah lagiii






Salam sumer, hah kali ni kawan kita pulak yang kena. Dulu aku tapi lani dah teror sikit kot tu yang kurang kena hehehe. Ingat jangan hampa kena plak noooo. lihat dan buat iktibar k.






Suasana nyaman klu main kat pantai sampai ralit.


kasut


Salam sumer, Kali ni Kita cita pasai kasut plak.Kalau dulu kasut yang dipakai kena lapik dengan sspan air cond. Tu pun Klu Depa pulas mau meleleh darah kat betih kering.Selalunya kasut yang dipakai adalah jenis warior tapak merah. Lani harga dia pun rm 25 ke atas. Zaman dah berubah fesyen kasut pun berubah. Klu kita tengok naik takut sebab klu tengok kasut kita dah lemah semangat nak berentap. Di sini saya paparkan gambar yang saya ambil dari facebook sahabat saya untuk tatapan sumer. k jumpa lagi.

Friday, August 6, 2010

Bola Salim


Salam sumer, Lani kita cakap pasai bola sepakraga tuju lak k. Kalau kita tengok bola sepakraga yang banyak terjual di pasaraya atau kat kedai di Malaysia kita pasti terkeliru dengan bola yang hendak kita beli kerana kita tak tengok lebel pada kotaknya. Kalau kita nak main sepakraga tuju pastikan di kotaknya ada tertulis sepakraga tuju. Perbezaan bola sepakraga tuju dengan bola sepak takraw adalah keberatannya. Kalau bola sepakraga tuju kita buat main sepak takraw mau bedarah dahi.Yang menjadi masalah untuk memberkembangkan sukan ini bolanya susah untuk dapat dipasaran. Oleh itu syarikat yang membuat bola ini perlu proaktif untuk mempromosi bola ni di seluruh negara. Perlu diingat penggemar sukan ini ada dimerata tempat di Malaysia. Tak perlulah mereka nak kena order kat utara semenanjung jeee.